Islamic Widget

As-Syahadah

Saturday, March 5, 2011

Aku Tinggalkan Cintaku kerana ALLAH!!!!!!




Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini saya ingin berkongsi cerpen yang baru- baru ini terbaca dan sangat menarik, kerana ia berkaitan cinta. Jom kita ambil iktibar bersama, adakah selama ini aku bercinta untuk mencari Cinta Allah atau Cinta manusia?????

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah SWT tetapkan kepada saya dan kita semua adalah orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu sahaja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodakn sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walaubagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya yang saya nantikan. Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi, banyak perkara yang saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah bagaimana saya mula mengenali wanita dalam hidup saya kerana sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stoking kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan santun dalam mengatur langkahnya, wajahnya yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah kemana-mana tanpa berteman.



Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika perlu sahaja. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadi dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa panjang-pangjangkan urusan tersebut. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa mempunyai modal untuk berbual-bual tetapi dengan dia saya jadi pemalu dan amat menjaga percakapan. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir berada disana, saya perlu menyelesaikan tugasan terakhir sebelum melepaskan posisi saya dan semua itu melbatkan dia untuk melakukannya bersama-sama. Sebaik sahaja selesai semua kerja saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa selama bertugas di samping saya. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dia dengan lebih mendalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang boleh saya nampak jelas, dia amat pemalu dan kekok apabila bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, bahawa sayalah lelaki pertama yang pernah berbual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancer selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walaubagaimana pun, sewaktu saya pulang bercuti ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menyangka ummi akan menghalang. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap. Buat pertama kali, adiksaya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya suatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya. Saya masih ingat kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you're doing right now. I haven't heard from any Islamic scholar that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now? And I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now. "

"Not a single phrase, nor a word", "My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah peace be upon him has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning. "

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.


Itulah yang telah saya pelajari lama dahulu dan semua kitab Fiqh(Feqah) yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini. Ummi berkata "It's not me who want you to make decision like this but Allah tells you so. "

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya dan Alhamdulillah dia faham, amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi member isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekaraglebih tenangkerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih terbuka tapa menghantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tingi.

Sampai disini sahaja coretan untuk kali ini, moga pembaca dapat manfaat dan sama sama kita koreksi balik diri kita agar kita dapat mencari redha Allah. Hidup ini indah jika segalanya kerana ALLAH. Sebelum itu, perhatikan dan fahami maksud ayat dari Surah Al- Hasyr ayat ke 7 yang bermaksud "dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNYA untuk kamu lakukan maka patuhilah larangannya." Apa yang baik datang dari Allah apa yang buruk yang lemah datang dari diri penulis yang faqir ini walaupun secara hakikat semuanya dari Allah kerana semua yang ada pada diri penulis adalah milikNya. Dengan itu, saya akhiri posting kali ini dengan lafaz Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Monday, November 15, 2010

Dimanakah Salah Kita????????


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya dapat ketika menuntut ilmu di Kelantan.

Pertamanya marilah kita bersama-sama merenung maksud ayat dari surah Al-Baqarah ayat ke 17:” Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)”. Dari ayat ini dapat kita lihat bahawa ALLAH mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan islam. Jika nikmat ini diabaikan ingatlah bahawa ALLAH berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH mampu menarik balik apa yang diberikan kepada kita. Jadi, saya nasihatkan diri yang faqir ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya bertaqwalah dengan iman dan islam yang diberikan kepada kita aqar kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung.


Sekadar perkongsian, saya kecewa bila selepas test, ada sahabat yang menyalahkan islam, sehingga timbul pertanyaan ‘aku solat 5 kali sehari, tetapi masih jugak sama keputusan dengan dahulu, adakah benda ini adil untuk aku, tetapi orang bukan yang x solat pun lebih cemerlang, nanti jelah aku solat lagipun aku masih kecewa dengan soalan test td’. Kekecewaan ini melanda diri ini, kenapa kita perlu salahkan solat, sedangkan yang tidak berusaha adalah kita, yang berbuat maksiat adalah diri kita. Kita meminta untuk berjaya, kita meminta untuk dapat cemerlang tetapi dengan siapa kita meminta?, sudah tentu kepada Allah Yang Maha Esa, kita meminta kepada Allah yang memberi rezeki, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita bersolat 5 kali sehari semalam, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita melaksanakan hudud…..adakah adil untuk Allah memberi sedangkan kita yang meminta jarang sekali melaksanakan apa yang disuruh, apa yang dilarang….tetapi kerana kasih sayangNYA kepada kita manusia, Allah tidak pernah berkira dengan kita sejak dari kita lahir sehingga sekarang Allah tidak pernah meminta bayaran berbentuk wang kerana kita menyedut udara segar kepunyaanNYA, kerana kita makan rezeki daripadaNYA, kerana kita mendapat nikmat daripadaNYA……DIA hanya menyuruh kita supaya taat dan patuh kepadaNYA, bukan menyuruh kita berlari 1000 pusingan padang 5 kali sehari semalam, bukaklah minda wahai sahabat, jangan sekularkan dirimu kerana dunia yang akan binasa, jangan kerana dunia kita lupakan akhirat tetapi jadikanlah dunia sebagai tempat kita bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat…..

Sebagai kesimpulan, kita sangat memerlukan Allah bila kita dilanda kesusahan tetapi melupakanNYA bila kita diberi nikmat olehNYA. Disinilah kita perlu menggunakan konsep bersyukur dan bersabar (rujuk posting lepas) samada kita ditimpa kesusahan ataupun kita mendapat kesenangan, bersyukur dan bersabar perlu ada keduanya didalam setempat(samada ketika mendapat musibah atau mendapat nikmat). Islam x memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam…..sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T. ingatlah janji kita dengan Allah setiap kali kita solat semoga dengan meningati Allah hati kita akan menjadi tenang.

Sebelum mengakhiri posting kali ini, sedikit doa yang diamalkan apabila menjelang musim peperiksaan, terpulang kepada sahabat untuk amal atau tidak….”Ya Allah, jika kejayaan adalah yang terbaik untukku, maka berilah kejayaan kepadaku, dan jika kegagalan itu adalah terbaik untukku makaberikanlah ia kepadaku, kerana sesungguhnya aku tahu Ya Allah, Engkau mengetahui perkara yang tidak aku ketahui”. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang kurang apa yang lemah datang dari diri penulis sendiri. Saya akhiri posting kali ini dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..salam ukhuwah sahabat sekalian.

Friday, August 20, 2010

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG SEBELUM INI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menghantar posting disini, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, sahabat baginda, tabi’ , tabi’ taabi’in dan seluruh umat islam seluruhnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat kepada sahabat- sahabat sekalian. Tidak lupa juga, kesyukuran kita terhadap nikmat terbesar yang diberikan kepada umat yang banyak mendapat perlindungan dari nabi Muhammad S.A.W iaitu nikmat islam dan nikmat iman.

Jika diberi keizinan oleh ALLAH, untuk posting kali ini saya akan bercerita tentang ramadhan, yang mana ramai di antara kita tahu bahawa ia merupakan bulan yang mulia, bulan yang banyak berkat, bulan yang diturunkan Al quran dan seumpamanya. Tetapi sejauh mana untuk kita mengukur tahap puasa yang kita lakukan, adakah puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga ? atau kita menahan segala kehendak nafsu kita? Jadi posting ini tidak lain hanya untuk sahabat berfikir dan bermuhasabah sejauh mana ramadhan kali ini dilalui. Adakah sama seperti ramadhan yang lalu? Jika sama maka berusahalah agar ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Sejauh mana kita menjaga keberkatan bulan ini. Yang mana ALLAH menjanjikan berbagai nikmat jika kita menjiwai bulan yang mulia ini. Adakah solat yang kita dirikan menetapi waktu yang telah ditetapkan? Jika belum melaksanakan solat pada awal waktu maka mulakan dari saat ini dengan berubah kepada dari lewat 30 minit daripada waktu solat maka kurangkan kepada 15 minit, sehinggalah kita berjaya mengubah dari lwt dr wktu sebenar kepada awal waktu, insyaallah. Adakah selama kita berpuasa kita melakukan maksiat? Jika pernah maka jauhilah ia sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, agar diri kita tidak mendapat lapar dan dahaga sahaja, semoga diri kita mengecapi kemanisan iman yang pernah dirasai oleh sahabat-sahabat baginda.

Satu kisah yang berkaitan solat, suatu ketika Saidina Umar Al-khattab mengimamkan solat subuh dibelakangnya para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki yang melakukan serang hendap terhadap Umar Al-Khattab, dia menikam perut Umar sehingga terburai perut khalifah agung. Umar rebah dari tempat dia mendirikan solat, lalu solat digantikan oleh Abdul Rahman bin ‘Auf r.a, Abdul Rahman memendekkan solatnya setelah selesai dia memangku Umar Al-Khattab sahabat yang sangat di cintainya. Para sahabat panic darah berlumuran di tubuh Umar Al-Khattab, Umar Al-Khattab pada ketika itu pengsan. Seketika Umar Al-Khattab tersedar, ada satu soalan yang terpacul keluar dari mulut khalifah tersebut, dalam keadaan nafas yang teresak-esak, dalam keadaan sakit yang betul-betul sakit beliau bertanya adakah kamu semua sudah solat? Kamu dah selesai ke solat tadi? Kemudian dia meminta kepada anaknya Abdullah bin Umar, ‘wahai anakku berikan kepadaku air’ , anaknya menjawab ‘wahai ayah sebentar tadi aku beriengkau minum susu tetapi susu itu mengalir keluar daripada tubuh engkau, adakah engkau ingin minum sekali lagi?’ Umar Al-Khattab menjawab ‘Ya Abdullah aku bukan hendak minum air itu, tetapi aku hendak guna air itu untuk wudu’, aku belum solat subuh lagi wahai Abdullah’.

Hebat sungguh tarbiyah Nabi Muhammad S.A.W, sehingga disaat kematian sahabat baginda masih lagi menjaga solatnya. Sebagai kesimpulan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu tarbiyah untuk kita didik jiwa dan nafsu kita membenci kemungkaran dan mencintai kebaikan. Semoga dengan didikan kita pada bulan yang penuh rahmat dan barakah ini, menjadikan kita antara golongan yang mendapat keampunan daripada ALLAH ‘AZZA WAJALLA.

Apa yang baik datang dari ALLAH, apa yang buruk, yang kurang itu datang dari kekurangan diri ini. Yang baik dijadikan pedoman yang buruk dijadikan sempadan. Semoga posting kali ini dapat memuhasabahkan diri ini dan sahabat-sahabat sekalian.

Sekian, wassalam.