Islamic Widget

As-Syahadah

Monday, November 15, 2010

Dimanakah Salah Kita????????


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya dapat ketika menuntut ilmu di Kelantan.

Pertamanya marilah kita bersama-sama merenung maksud ayat dari surah Al-Baqarah ayat ke 17:” Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)”. Dari ayat ini dapat kita lihat bahawa ALLAH mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan islam. Jika nikmat ini diabaikan ingatlah bahawa ALLAH berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH mampu menarik balik apa yang diberikan kepada kita. Jadi, saya nasihatkan diri yang faqir ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya bertaqwalah dengan iman dan islam yang diberikan kepada kita aqar kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung.


Sekadar perkongsian, saya kecewa bila selepas test, ada sahabat yang menyalahkan islam, sehingga timbul pertanyaan ‘aku solat 5 kali sehari, tetapi masih jugak sama keputusan dengan dahulu, adakah benda ini adil untuk aku, tetapi orang bukan yang x solat pun lebih cemerlang, nanti jelah aku solat lagipun aku masih kecewa dengan soalan test td’. Kekecewaan ini melanda diri ini, kenapa kita perlu salahkan solat, sedangkan yang tidak berusaha adalah kita, yang berbuat maksiat adalah diri kita. Kita meminta untuk berjaya, kita meminta untuk dapat cemerlang tetapi dengan siapa kita meminta?, sudah tentu kepada Allah Yang Maha Esa, kita meminta kepada Allah yang memberi rezeki, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita bersolat 5 kali sehari semalam, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita melaksanakan hudud…..adakah adil untuk Allah memberi sedangkan kita yang meminta jarang sekali melaksanakan apa yang disuruh, apa yang dilarang….tetapi kerana kasih sayangNYA kepada kita manusia, Allah tidak pernah berkira dengan kita sejak dari kita lahir sehingga sekarang Allah tidak pernah meminta bayaran berbentuk wang kerana kita menyedut udara segar kepunyaanNYA, kerana kita makan rezeki daripadaNYA, kerana kita mendapat nikmat daripadaNYA……DIA hanya menyuruh kita supaya taat dan patuh kepadaNYA, bukan menyuruh kita berlari 1000 pusingan padang 5 kali sehari semalam, bukaklah minda wahai sahabat, jangan sekularkan dirimu kerana dunia yang akan binasa, jangan kerana dunia kita lupakan akhirat tetapi jadikanlah dunia sebagai tempat kita bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat…..

Sebagai kesimpulan, kita sangat memerlukan Allah bila kita dilanda kesusahan tetapi melupakanNYA bila kita diberi nikmat olehNYA. Disinilah kita perlu menggunakan konsep bersyukur dan bersabar (rujuk posting lepas) samada kita ditimpa kesusahan ataupun kita mendapat kesenangan, bersyukur dan bersabar perlu ada keduanya didalam setempat(samada ketika mendapat musibah atau mendapat nikmat). Islam x memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam…..sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T. ingatlah janji kita dengan Allah setiap kali kita solat semoga dengan meningati Allah hati kita akan menjadi tenang.

Sebelum mengakhiri posting kali ini, sedikit doa yang diamalkan apabila menjelang musim peperiksaan, terpulang kepada sahabat untuk amal atau tidak….”Ya Allah, jika kejayaan adalah yang terbaik untukku, maka berilah kejayaan kepadaku, dan jika kegagalan itu adalah terbaik untukku makaberikanlah ia kepadaku, kerana sesungguhnya aku tahu Ya Allah, Engkau mengetahui perkara yang tidak aku ketahui”. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang kurang apa yang lemah datang dari diri penulis sendiri. Saya akhiri posting kali ini dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..salam ukhuwah sahabat sekalian.

Friday, August 20, 2010

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG SEBELUM INI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menghantar posting disini, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, sahabat baginda, tabi’ , tabi’ taabi’in dan seluruh umat islam seluruhnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat kepada sahabat- sahabat sekalian. Tidak lupa juga, kesyukuran kita terhadap nikmat terbesar yang diberikan kepada umat yang banyak mendapat perlindungan dari nabi Muhammad S.A.W iaitu nikmat islam dan nikmat iman.

Jika diberi keizinan oleh ALLAH, untuk posting kali ini saya akan bercerita tentang ramadhan, yang mana ramai di antara kita tahu bahawa ia merupakan bulan yang mulia, bulan yang banyak berkat, bulan yang diturunkan Al quran dan seumpamanya. Tetapi sejauh mana untuk kita mengukur tahap puasa yang kita lakukan, adakah puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga ? atau kita menahan segala kehendak nafsu kita? Jadi posting ini tidak lain hanya untuk sahabat berfikir dan bermuhasabah sejauh mana ramadhan kali ini dilalui. Adakah sama seperti ramadhan yang lalu? Jika sama maka berusahalah agar ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Sejauh mana kita menjaga keberkatan bulan ini. Yang mana ALLAH menjanjikan berbagai nikmat jika kita menjiwai bulan yang mulia ini. Adakah solat yang kita dirikan menetapi waktu yang telah ditetapkan? Jika belum melaksanakan solat pada awal waktu maka mulakan dari saat ini dengan berubah kepada dari lewat 30 minit daripada waktu solat maka kurangkan kepada 15 minit, sehinggalah kita berjaya mengubah dari lwt dr wktu sebenar kepada awal waktu, insyaallah. Adakah selama kita berpuasa kita melakukan maksiat? Jika pernah maka jauhilah ia sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, agar diri kita tidak mendapat lapar dan dahaga sahaja, semoga diri kita mengecapi kemanisan iman yang pernah dirasai oleh sahabat-sahabat baginda.

Satu kisah yang berkaitan solat, suatu ketika Saidina Umar Al-khattab mengimamkan solat subuh dibelakangnya para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki yang melakukan serang hendap terhadap Umar Al-Khattab, dia menikam perut Umar sehingga terburai perut khalifah agung. Umar rebah dari tempat dia mendirikan solat, lalu solat digantikan oleh Abdul Rahman bin ‘Auf r.a, Abdul Rahman memendekkan solatnya setelah selesai dia memangku Umar Al-Khattab sahabat yang sangat di cintainya. Para sahabat panic darah berlumuran di tubuh Umar Al-Khattab, Umar Al-Khattab pada ketika itu pengsan. Seketika Umar Al-Khattab tersedar, ada satu soalan yang terpacul keluar dari mulut khalifah tersebut, dalam keadaan nafas yang teresak-esak, dalam keadaan sakit yang betul-betul sakit beliau bertanya adakah kamu semua sudah solat? Kamu dah selesai ke solat tadi? Kemudian dia meminta kepada anaknya Abdullah bin Umar, ‘wahai anakku berikan kepadaku air’ , anaknya menjawab ‘wahai ayah sebentar tadi aku beriengkau minum susu tetapi susu itu mengalir keluar daripada tubuh engkau, adakah engkau ingin minum sekali lagi?’ Umar Al-Khattab menjawab ‘Ya Abdullah aku bukan hendak minum air itu, tetapi aku hendak guna air itu untuk wudu’, aku belum solat subuh lagi wahai Abdullah’.

Hebat sungguh tarbiyah Nabi Muhammad S.A.W, sehingga disaat kematian sahabat baginda masih lagi menjaga solatnya. Sebagai kesimpulan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu tarbiyah untuk kita didik jiwa dan nafsu kita membenci kemungkaran dan mencintai kebaikan. Semoga dengan didikan kita pada bulan yang penuh rahmat dan barakah ini, menjadikan kita antara golongan yang mendapat keampunan daripada ALLAH ‘AZZA WAJALLA.

Apa yang baik datang dari ALLAH, apa yang buruk, yang kurang itu datang dari kekurangan diri ini. Yang baik dijadikan pedoman yang buruk dijadikan sempadan. Semoga posting kali ini dapat memuhasabahkan diri ini dan sahabat-sahabat sekalian.

Sekian, wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

AKADEMIK ATAU IBADAH????????

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini, saya merupakan seorang yang fakir ingin memberi pandangan tentang ibadah dan akademik. Jika saya kata akademik penting, maka akan ada yang berkata ibadah lebih penting. Dan jika saya berkata ibadah penting maka akan ada yang berkata akademik penting. Jadi disini dapat saya simpulkan bahawa ibadah dan akademik adalah sama-sama penting.
Jika kita berfikir sejenak, dari mana datang ilmu akademik yang kita belajar?, adakah dari penjajah ?, adakah secara semulajadi ilmu terbentuk?, adakah dari keistimewaan akal yang dianugerahkan kepada kita manusia?. Semua jawapan ada di dalam diri kita, jika kita melihat akademik satu daripada ibadah maka ibadahlah ia, tetapi jika kita melihat akademik satu kebendaan duniawi, maka dunialah ia.
Kenapa akademik satu ibadah?, kerana saya percaya bahawa akademik yang saya pelajari sekarang merupakan termasuk dalam cabang-cabang ilmu, dan ilmu akademik termasuk dalam ilmu ALLAH. Kita sebagai manusia tidak mampu untuk mencipta satu ilmu pun, jika ALLAH tidak mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk mengajarkan ilmu akhirat, untuk mengajar bagaimana untuk hidup di dunia, dan yang paling penting untuk mengajar manusia kitab suci Al-Quran.
Didalam Al-quran terdapat sains, ekonomi, muamalat dan berbagai lagi. Adakah sains tidak termasuk dalam bidang akademik? Adakah ekonomi tidak termasuk dalam bidang akademik?. Jadi secara kesimpulannya kehidupan kita merupakan ibadah bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur kembali. Hanya pemikiran yang tertutup mengatakan belajar untuk dapat wang, sedangkan yang member rezeki hanya DIA. Jadi ubah mind set anda kepada belajar untuk menjadi apayang kita mahu kepada belajar untuk beribadah kepada ALLAH dan mendekatkan diri kepadaNYA.
Apa yang baik datang dari ALLAH, apa yang buruk, yang kurang datang dari diri penulis sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Apa yang tertulis disini sama-sama kita ambil iktibar dan fikir-fikirkan untuk kebaikan bersama.

Sekian, Wassalam.

Monday, February 22, 2010

Sejauh mana persediaan untuk menempuh hari Kematian Kita!!!!!!!!



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad SAW dan juga keluarga baginda, para sahabat baginda, serta sesiapa sahaja yang mengikut petunjuk mereka sehingga ke hari kiamat. Dan sama-sama kita bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi kesempatan kepada saya untuk berkongsi sedikit ilmu bersama sahabat dan sahabiah sekalian. Walaupun masih dalam keadaan yang agak sibuk handle program sane, join program sini, dengan assignment, preparation untuk kuiz yang bakal menjelang. Tetapi kerana keinginan untuk berkongsi dengan sahabat sekalian untuk sama-sama bermuhasabah.

Insyallah posting kali ini lebih kepada perkara yang akan berlaku kepada setiap yang bernyawa. Kullu nafsin zaqa iqatulmaut, “ setiap yang bernyawa akan merasai mati”. Apabila kita menyebut tentang kematian saya teringat satu firman ALLAH yang bermaksud “apabila datang ajal kepada kamu, tidak akan dipercepatkan walau sesaat, dan tidak akan diperlambatkan walau sesaat.” Jadi, sejauh mana persediaan kita untuk kita menghadapi alam sekepas alam dunia, iaitu alam kubur atau alam barzakh dengan masa yang ada. Jika kita masih lalai, kembalilah kepada agama yg menjadi fitrah setiap insan. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar.

Mati , satu perkara yang sesiapa pun tidak dapat menjangka, kerana mati hnya ketentuanNYA. Ada satu kisah yang berlaku pada zaman nabi Sulaiman alaihissalam, terdapat seorng pemuda yang mendapatkan baginda dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sehinggakan baginda tertanya-tanya, kenapa dengan kamu wahai pemuda?, pemuda itu menjawab aku sungguh takut wahai nabi ALLAH, ketika kamu sedang menyampaikan khutbah terdapat seorng yang melihat kepadaku dengan pandangan yang sangat tajam dan matanya kemerah-merahan. Aku sungguh takut, dan aku ingin meminta pertolongan darimu agar kamu hantar kemana sahaja agar aku boleh bertenang. Lalu nabi Sulaiman mengarahkan angin agar menghantar pemuda tadi ke suatu tempat, sesampai sahaja ditempat itu, pemuda tadi menemui ajalnya. Begitulah ringkasan dari cerita yang pernah saya dengar dari majlis ilmu.

Cerita yang cukup menggentarkan hati sesiapa yang yakin bahawa janji ALLAH itu benar, apabila sampai ajal, ALLAH tidak akan percepatkan walau sesaat, bahkan tidak akan diperlambatkan walau sesaat. Ingatlah wahai sahabat-sahabat, mati tidak menunggu kita, bila sampai masa, tiada sesiapa yang dapat menolong kita dari merasai ape itu MATI!!!!!!.

Ape yang baik datang dari ALLAH, ape yang kurang ape yang lemah datang dari diri penulis sendiri, walaupun hakikat daripada ALLAH…sama-sama kita muhasabah diri balik diri kita adakah aku sudah bersedia untuk bertemu dengan alam alin selain dari alam dunia ini…………WASSALAM….