Islamic Widget

As-Syahadah

Monday, November 15, 2010

Dimanakah Salah Kita????????


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini saya ingin berkongsi sedikit tentang ilmu yang saya dapat ketika menuntut ilmu di Kelantan.

Pertamanya marilah kita bersama-sama merenung maksud ayat dari surah Al-Baqarah ayat ke 17:” Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun)”. Dari ayat ini dapat kita lihat bahawa ALLAH mengingatkan kita supaya bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan islam. Jika nikmat ini diabaikan ingatlah bahawa ALLAH berkuasa ke atas setiap sesuatu, ALLAH mampu menarik balik apa yang diberikan kepada kita. Jadi, saya nasihatkan diri yang faqir ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya bertaqwalah dengan iman dan islam yang diberikan kepada kita aqar kita semua tergolong dalam golongan yang beruntung.


Sekadar perkongsian, saya kecewa bila selepas test, ada sahabat yang menyalahkan islam, sehingga timbul pertanyaan ‘aku solat 5 kali sehari, tetapi masih jugak sama keputusan dengan dahulu, adakah benda ini adil untuk aku, tetapi orang bukan yang x solat pun lebih cemerlang, nanti jelah aku solat lagipun aku masih kecewa dengan soalan test td’. Kekecewaan ini melanda diri ini, kenapa kita perlu salahkan solat, sedangkan yang tidak berusaha adalah kita, yang berbuat maksiat adalah diri kita. Kita meminta untuk berjaya, kita meminta untuk dapat cemerlang tetapi dengan siapa kita meminta?, sudah tentu kepada Allah Yang Maha Esa, kita meminta kepada Allah yang memberi rezeki, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita bersolat 5 kali sehari semalam, kita meminta kepada Allah yang menyuruh kita melaksanakan hudud…..adakah adil untuk Allah memberi sedangkan kita yang meminta jarang sekali melaksanakan apa yang disuruh, apa yang dilarang….tetapi kerana kasih sayangNYA kepada kita manusia, Allah tidak pernah berkira dengan kita sejak dari kita lahir sehingga sekarang Allah tidak pernah meminta bayaran berbentuk wang kerana kita menyedut udara segar kepunyaanNYA, kerana kita makan rezeki daripadaNYA, kerana kita mendapat nikmat daripadaNYA……DIA hanya menyuruh kita supaya taat dan patuh kepadaNYA, bukan menyuruh kita berlari 1000 pusingan padang 5 kali sehari semalam, bukaklah minda wahai sahabat, jangan sekularkan dirimu kerana dunia yang akan binasa, jangan kerana dunia kita lupakan akhirat tetapi jadikanlah dunia sebagai tempat kita bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat…..

Sebagai kesimpulan, kita sangat memerlukan Allah bila kita dilanda kesusahan tetapi melupakanNYA bila kita diberi nikmat olehNYA. Disinilah kita perlu menggunakan konsep bersyukur dan bersabar (rujuk posting lepas) samada kita ditimpa kesusahan ataupun kita mendapat kesenangan, bersyukur dan bersabar perlu ada keduanya didalam setempat(samada ketika mendapat musibah atau mendapat nikmat). Islam x memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam…..sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah S.W.T. ingatlah janji kita dengan Allah setiap kali kita solat semoga dengan meningati Allah hati kita akan menjadi tenang.

Sebelum mengakhiri posting kali ini, sedikit doa yang diamalkan apabila menjelang musim peperiksaan, terpulang kepada sahabat untuk amal atau tidak….”Ya Allah, jika kejayaan adalah yang terbaik untukku, maka berilah kejayaan kepadaku, dan jika kegagalan itu adalah terbaik untukku makaberikanlah ia kepadaku, kerana sesungguhnya aku tahu Ya Allah, Engkau mengetahui perkara yang tidak aku ketahui”. Apa yang baik datang dari Allah, apa yang kurang apa yang lemah datang dari diri penulis sendiri. Saya akhiri posting kali ini dengan ucapan Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..salam ukhuwah sahabat sekalian.

No comments: