Islamic Widget

As-Syahadah

Friday, August 20, 2010

SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI RAMADHAN YANG SEBELUM INI

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk menghantar posting disini, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, sahabat baginda, tabi’ , tabi’ taabi’in dan seluruh umat islam seluruhnya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang untuk saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat kepada sahabat- sahabat sekalian. Tidak lupa juga, kesyukuran kita terhadap nikmat terbesar yang diberikan kepada umat yang banyak mendapat perlindungan dari nabi Muhammad S.A.W iaitu nikmat islam dan nikmat iman.

Jika diberi keizinan oleh ALLAH, untuk posting kali ini saya akan bercerita tentang ramadhan, yang mana ramai di antara kita tahu bahawa ia merupakan bulan yang mulia, bulan yang banyak berkat, bulan yang diturunkan Al quran dan seumpamanya. Tetapi sejauh mana untuk kita mengukur tahap puasa yang kita lakukan, adakah puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga ? atau kita menahan segala kehendak nafsu kita? Jadi posting ini tidak lain hanya untuk sahabat berfikir dan bermuhasabah sejauh mana ramadhan kali ini dilalui. Adakah sama seperti ramadhan yang lalu? Jika sama maka berusahalah agar ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

Sejauh mana kita menjaga keberkatan bulan ini. Yang mana ALLAH menjanjikan berbagai nikmat jika kita menjiwai bulan yang mulia ini. Adakah solat yang kita dirikan menetapi waktu yang telah ditetapkan? Jika belum melaksanakan solat pada awal waktu maka mulakan dari saat ini dengan berubah kepada dari lewat 30 minit daripada waktu solat maka kurangkan kepada 15 minit, sehinggalah kita berjaya mengubah dari lwt dr wktu sebenar kepada awal waktu, insyaallah. Adakah selama kita berpuasa kita melakukan maksiat? Jika pernah maka jauhilah ia sedikit demi sedikit, sejengkal demi sejengkal, agar diri kita tidak mendapat lapar dan dahaga sahaja, semoga diri kita mengecapi kemanisan iman yang pernah dirasai oleh sahabat-sahabat baginda.

Satu kisah yang berkaitan solat, suatu ketika Saidina Umar Al-khattab mengimamkan solat subuh dibelakangnya para sahabat, tiba-tiba datang seorang lelaki yang melakukan serang hendap terhadap Umar Al-Khattab, dia menikam perut Umar sehingga terburai perut khalifah agung. Umar rebah dari tempat dia mendirikan solat, lalu solat digantikan oleh Abdul Rahman bin ‘Auf r.a, Abdul Rahman memendekkan solatnya setelah selesai dia memangku Umar Al-Khattab sahabat yang sangat di cintainya. Para sahabat panic darah berlumuran di tubuh Umar Al-Khattab, Umar Al-Khattab pada ketika itu pengsan. Seketika Umar Al-Khattab tersedar, ada satu soalan yang terpacul keluar dari mulut khalifah tersebut, dalam keadaan nafas yang teresak-esak, dalam keadaan sakit yang betul-betul sakit beliau bertanya adakah kamu semua sudah solat? Kamu dah selesai ke solat tadi? Kemudian dia meminta kepada anaknya Abdullah bin Umar, ‘wahai anakku berikan kepadaku air’ , anaknya menjawab ‘wahai ayah sebentar tadi aku beriengkau minum susu tetapi susu itu mengalir keluar daripada tubuh engkau, adakah engkau ingin minum sekali lagi?’ Umar Al-Khattab menjawab ‘Ya Abdullah aku bukan hendak minum air itu, tetapi aku hendak guna air itu untuk wudu’, aku belum solat subuh lagi wahai Abdullah’.

Hebat sungguh tarbiyah Nabi Muhammad S.A.W, sehingga disaat kematian sahabat baginda masih lagi menjaga solatnya. Sebagai kesimpulan, jadikanlah ramadhan kali ini sebagai satu tarbiyah untuk kita didik jiwa dan nafsu kita membenci kemungkaran dan mencintai kebaikan. Semoga dengan didikan kita pada bulan yang penuh rahmat dan barakah ini, menjadikan kita antara golongan yang mendapat keampunan daripada ALLAH ‘AZZA WAJALLA.

Apa yang baik datang dari ALLAH, apa yang buruk, yang kurang itu datang dari kekurangan diri ini. Yang baik dijadikan pedoman yang buruk dijadikan sempadan. Semoga posting kali ini dapat memuhasabahkan diri ini dan sahabat-sahabat sekalian.

Sekian, wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

AKADEMIK ATAU IBADAH????????

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberi ruang dan peluang untuk kita semua bersama-sama mengecapi nikmat iman dan islam. Tetapi jangan kita lupa kepada nikmat hidup kerana kita juga manusia yang diciptakan oleh Allah. Dengan berbekalkan satu tujuan iaitu beribadah kepadaNYA. Jadi untuk posting kali ini, saya merupakan seorang yang fakir ingin memberi pandangan tentang ibadah dan akademik. Jika saya kata akademik penting, maka akan ada yang berkata ibadah lebih penting. Dan jika saya berkata ibadah penting maka akan ada yang berkata akademik penting. Jadi disini dapat saya simpulkan bahawa ibadah dan akademik adalah sama-sama penting.
Jika kita berfikir sejenak, dari mana datang ilmu akademik yang kita belajar?, adakah dari penjajah ?, adakah secara semulajadi ilmu terbentuk?, adakah dari keistimewaan akal yang dianugerahkan kepada kita manusia?. Semua jawapan ada di dalam diri kita, jika kita melihat akademik satu daripada ibadah maka ibadahlah ia, tetapi jika kita melihat akademik satu kebendaan duniawi, maka dunialah ia.
Kenapa akademik satu ibadah?, kerana saya percaya bahawa akademik yang saya pelajari sekarang merupakan termasuk dalam cabang-cabang ilmu, dan ilmu akademik termasuk dalam ilmu ALLAH. Kita sebagai manusia tidak mampu untuk mencipta satu ilmu pun, jika ALLAH tidak mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk mengajarkan ilmu akhirat, untuk mengajar bagaimana untuk hidup di dunia, dan yang paling penting untuk mengajar manusia kitab suci Al-Quran.
Didalam Al-quran terdapat sains, ekonomi, muamalat dan berbagai lagi. Adakah sains tidak termasuk dalam bidang akademik? Adakah ekonomi tidak termasuk dalam bidang akademik?. Jadi secara kesimpulannya kehidupan kita merupakan ibadah bermula dari kita bangun dari tidur hinggalah kita tidur kembali. Hanya pemikiran yang tertutup mengatakan belajar untuk dapat wang, sedangkan yang member rezeki hanya DIA. Jadi ubah mind set anda kepada belajar untuk menjadi apayang kita mahu kepada belajar untuk beribadah kepada ALLAH dan mendekatkan diri kepadaNYA.
Apa yang baik datang dari ALLAH, apa yang buruk, yang kurang datang dari diri penulis sendiri. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Apa yang tertulis disini sama-sama kita ambil iktibar dan fikir-fikirkan untuk kebaikan bersama.

Sekian, Wassalam.