Islamic Widget

As-Syahadah

Saturday, November 7, 2009

PERUBAHAN DIRI!!!!!!!




Alhamdulillah terdetik hati untuk berkongsi pengalaman. Yang baik dijadikan amalan, dan yang buruk dijadikan sempadan. Suatu ketika dulu diri ini sangat jahil tentang ilmu agama. Aku tak pernah untuk cuba mendalami ilmu agama, mencari apakah itu islam. Diri ini leka dengan hiasan dunia yang telah disebut di dalam al- quran, yang bermaksud “AKU (ALLAH) hiaskan dalam diri manusia, suka kepada wanita, suka kepada anak-anak, kuda yang berjenama (kereta dalam konteks dunia sekarang), emas dan sutera”. Manusia ini ALLAH dah setupkan, manusia ini dah disettingkan oleh ALLAH dengan hiasan-hiasan dalam ayat tersebut. Salah satunya wanita, yang mana diri ini pernah lalai kerana cinta manusia. Aku dulu pernah terlibat dengan fitnah wanita, pernah melakukan dosa, walaupun diri ini dibesarkan dalam keluarga yang ayahnya memberi peringatan kepada anak isterinya tiap malam, yang ayahnya memberi peringatan tentang kehidupan akhirat dan yang paling penting ingatan ayah terhadap seorang anak tentang cinta ALLAH.

Adakah anaknya menerima ape yang diberi? Bagi aku ape yang diingatkan oleh seorang ayah hanyalah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, malam ayah bagi tazkirah siang anak melakukan ape yang ditegah, dimanakah kesedaran diri ini?, dimanakah amalan seorang yang bergelar muslim terhadap ilmu yang dia dapat?. Setelah mendapat keputusan SPM aku diterima masuk ke matrikulasi, sebelum berangkat untuk menuntut ilmu, bermacam-macam janji diberikan untuk yang disayangi. Antaranya akan ku tunggu dikau walau jauh dimata tetapi hatiku hanya mu. Disebabkan dia tidak dapat apa yang kami sama-sama idamkan. Kita merancang tetapi yang menentukan hanya ALLAH.

Matrikulasi banyak mengubah aku, banyak yang aku jahil, terutamanya tentang kehidupan islam itu sendiri. Di matrikulasi aku terlibat dengan ajk surau, terpilih disebabkan sekolah agama, tetapi aku menerima tugas yang diberikan dengan penuh iklas. Di matrikulasi, diri ini bertemu sahabat-sahabat yang dapat mengingatkan, menegur, dan mengajar diri ini tentang apa itu islam. Hari demi hari diri ini makin mengenal islam, makin hari makin dipraktikkan kehidupan seseorang muslim yang beriman kepada ALLAH, kerana dikalangan rakan-rakan menyatakan ALLAH tidak bercakap dengan orang islam, ALLAH hanya bercakap dengan manusia dan orang yang beriman, kerana di dalam Al-Quran tidak terdapat “wahai orang-orang islam” yang terdapat dalam AL-Quran hanyalah “wahai orang-orang beriman” dan “wahai manusia”. Diri ini terfikir, sejauh mana amalan aku untuk bertemu ALLAH S.W.T? aku menangis dan terus menangis, kenapa aku dulu tidak berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH?

Aku bersyukur kerana telah ditemukan sahabat-sahabat AJK surau, yang telah banyak membantu diri ini berubah, tetapi bagaimana dengan cinta yang dulu aku pertahankan? Aku mengumpul kekuatan diri untuk memutuskan ape yang aku dulu mulakan. Alhamdulillah, aku berjaya, sehingga hari ini aku masih mengingatkan member yang aku berhubung dengan ilmu yang aku dapat. Aku banyak berkongsi pengalaman dengan member yang pernah terlibat dengan cinta manusia, samada ia berguna atau tidak, sekurang-kurangnya aku berusaha untuk mengubah dan disamping itu memberi perubahan kepada diri aku. Aku harap perubahan diri yang dikongsikan dapat mengubah persepsi tentang cinta manusia. “Cinta manusia tidak bernilai apa-apa selagi tiada cinta ALLAH”. Kepada sahabat yang bertentangan pendapat boleh comment, insyaALLAH kita boleh bermuzakarah.





1 comment:

KhaiRuNisa said...

o Untuk dia yang sedang mencari-cari....tentu ada seseorang di sana yang sedang menanti....

Tetapi, kesabaran itu perlu kerana DIA telah mentakdirkan jodoh yang terbaik buat setiap diri...andai tidak di dunia ini pasti di syurga nanti Yang bernama KEKASIH itu telah lama menanti...

Justeru, jangan tersungkur langkah di dunia ini apatah lagi...TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA...

Percayalah....janji-Nya adalah PASTI!!!

manusia x lepas dari mlakukan ksilapan...b'syukurlah krna Allah masih membrikan ruang dan peluang utk mngubah haluanmu ke haluan-Nya yg benar...tahniah...=)