Islamic Widget

As-Syahadah

Monday, November 16, 2009

"Hati sejahtera ialah hati orang yang beriman"




Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, selepas kesibukan exam, selepas kesibukan study last-last minit, dapat juga menghantar posting kali ini. Post kali ini sebagaimana yang diberitahu dalam posting yang lepas ialah tentang hati. Ada di antara pembaca yang tertunggu-tunggu untuk membaca apa kaitan hati dengan islam? Apa kaitan hati dengan ibadah? Apa kaitan hati tentang akhlak?, semua itu masih menjadi tanda tanya penulis sendiri sebelum menemui jawapannya. Kenapa hati ada kena mengena dengan kehidupan kita?

Hati dalam bahasa arab dinamakan qalbu. Dalam sabda Rasulullah ada menyebut bahawa hati merupakan system utama untuk akhlak. Yang mana mafhumnya : dalam tubuh terdapat seketul daging, apabila baik ia maka baik lah seluruh jasad dan apabila jahat ia maka jahatlah seluruh jasad, dan ketahuilah ia adalah hati. Qalbu juga dimaksudkan berbolak balik, ia juga berbolak balik sekelip mata, sebab itu ada doa yang diajarkan oleh Nabi kita untuk menetapkan hati kita iaitu “ALLAHumma Ya Muqallibal quluub thabbit qulubana ‘ala diinik wa ‘ala tho’atik” yang bermaksud ‘Wahai tuhan yang membalik balikan hati tetapkanlah hati kami dalam agamaMU dan dalam ketaatan kepada MU’. Disebabkan hati manusia ni mudah berubah disnilah perlu doa dan istiqamah(berterusan), sebab itu ALLAH lebih suka seseorang yang beramal sedikit tetapi istiqamah berbanding amal yang banyak tetapi hangat-hangat tahi ayam. Jadi biarlah amal itu sedikit demi sedikit tetapi berterusan.

Hati manusia apabila ia keras, tak boleh nak menerima nasihat, cakap tentnag kebaikan untuk tujuan menegur pun buat pekak badak, lebih keras dari batu, kerana sekeras-keras batu akan terhakis dek air yang setitik, tetapi manusia bila dah keras susah hendak lembut balik, oleh sebab itu Nabi ajar kita satu doa untuk perlembut balik hati iaitu “ALLAHUMMA layyin qalbi kama layyintal hadid li dawuud” yang bermaksud ‘wahai tuhan lembutkanlah hati aku sebagaimana kamu lembutkan besi kepada Nabi Daud’. Tetapi ada dikalangan kita apabila ditegur akan marah, apabila ditegur ego makin tinggi, jadi dimanakah kesabaran dalam hati manusia? Jika apa yang ditegur baik dengan kita maka ada baiknya kita menerima dengan hati yang terbuka dan jika apa yang dikatakan kepada kita merupakan fitnah hendaklah kita bersabar kerana sabar itu baik malah yang terbaik untuk meredakan hati yang tengah meruap.

Apabila bercakap tentang hati, kita akan terfikir perasaan sayang, benci, marah dan seumpamanya, yang mana sebelum posting ini saya ada menulis tentang cinta dan kemana patut dicurahkan, dimana cinta ALLAH dan analoginya tentang hati(rujuk posting lepas). Dimana hati itu ibarat gelas, tetapi bila gelas itu kotor bagaimana kita nak mencurahkan air?. Oleh sebab itulah hati perlukan pencucinya, sebagai contoh AL quran, terdapat satu kisah yang diceritakan kepada saya oleh sahabat(yang sekarang berada di Mesir) kisah ayah dan anak, dalam sebuah rumah terdapat seorang ayah dan anaknya, anaknya merupakan seorang yang berilmu dan menegur ayahnya tentang bacaan Al Quran yang memerlukan kefahaman untuk membacanya. Tetapi ayahnya membalas balik dengan menyuruh anaknya mengambil bakul lama yang berlubang, seterusnya pergi ke sungai dan bawa balik air sungai menggunakan bakul tersebut. Anaknya tanpa melawan mengikut apa yang disuruh, setiap kali air diambil dari sungai terus dibawa balik ke rumah dengan keadaan berlari-lari anak,sesampainya di rumah air dalam bakul kering, ayahnya menyuruh lagi sehinggalah si anak bertanya apa tujuan si ayah menyuruhnya melakukan perkara yang sia-sia, ayahnya menjawab, wahai anakku samalah seperti membaca alquran tetapi tidak memahami maksud ayat, cuba kamu lihat bakul yang tadi kotor, penuh dengan habuk bila dibasuh dengan air bakul itu Nampak lebih bersih dari sebelumnya dan untuk lebih bersih guna sabun. Barulah anak itu faham dan mengakui bahawa ilmunya hanya sedikit berbanding ayahnya. Benarlah jika kita berfikir AL-Quran itu air dan memahami Al-Quran merupakan sabun yang boleh membersihkan hati.

Dalam hati ada perasaan yang merupakan fitrah, kita nak marah, ada mak ayah kita ajar? Begini cara marah, begini cara benci, begini cara sedih, begini cara takut, dan seumpamanya. Kerana itulah hati manusia perlu dibaiki menggunakan manual yang diberi oleh PENCIPTA manusia melalui Nabi Muhammad SAW. Oleh disebabkan itu, manusia ini nak tak nak mesti terima islam sebagai cara hidup untuk terus selamat, samada di dunia mahupun akhirat, kerana itu kita mestilah yakin bahawa ALLAH lah yang menciptakan alam semesta dan mengeluarkan panduan penggunaan dunia untuk manusia kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran. Sepertimana handphone, mesin basuh, laptop, diberi manual untuk menggunakannya adakah dunia yang diciptakan ini tiada cara penggunaanya. Jadi kepada para pembaca, nak bersihkan hati perbanyakkan zikrullah(meningati ALLAH), dan perbanyakkan membaca kitab suci Al-Quran kerana didalam itulah cara hidup kita didunia bersama dengan Assunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita, ummat yang paling beruntung. Sama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan peluang untuk kita menikmati nikmat islam dan iman.

Jadi, sebelum mengakhiri posting kali ni saya mengucapkan semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam masing-masing dan yang paling utama persiapan untuk menghadapi “exam” dari ALLAH, dengan usaha kita sahaja tidak memadai untuk berjaya dengan kepuasan yang maksima tetapi beserta dengan keredhaan ALLAH jadi jangan lupa perbanyakkan solat hajat dan zikrullah. Sampai disini dulu, apa yang baik datang daripada ALLAH, apa yang kurang, yang buruk datang dari diri penulis sendiri. Dan segala kekurangan bolehlah di “top up” oleh sahabat-sahabat pembaca sekalian. Wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..ada sesuatu yang ingin saya kongsi selepas membaca blog saudara ini...selepas membaca ruangan perubahan diri saudara, saya melihat pada diri saya...seolah-olah memegang watak sebagai seorang wanita yang ditinggalkan bersama janji...ntah mengapa tiba-tiba air mata saya mengalir tanpa sebab,hati saya menjadi sebak.....saya ditinggalkan bersama janji yang tak pasti,selepas dia pergi mencari ilmu,saya berjanji pada diri untuk berusaha bersungguh-sungguh. setahun saya bertungkus lumus akhirnya kejayaan milik saya,alhamdulillah....saya kini bergelar mahasiswa...dalam diam,saya masih lagi mengharapkan dia....tetapi dia telah dimiliki...perasaan saya dimainkan, hati saya disakiti. YA ALLAH....beratnya ujian Mu ini...banyak persoalan yang hadir dalam kotak fikiran saya ini...adakah dia berubah kerana ingin mencari keredhaan NYA...andai kerana itulah, dia meninggal cinta manusia, dalam hati saya semoga dia sentiasa dalam inayahNYA..DAN saya redha andai saya ditinggalkan. tetapi bila saya mendapat tahu dia sudah mengikat pertunangan dengan sesorang...hati saya kembali menangis...Mengapa ini terjadi kepada saya?? adakah semua ini yang terbaik untuk saya, untuk saya berubah dan sama-sama meninggalka cinta manusia dan menyerahkan soal jodah kepada yang MAHA MENGETAHUI...tapi mengapa berat untuk saya terima hakikat ini....YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU YANG LEMAH INI.....
bila terbaca ruangan blog saudara, saya sudah sedar...cinta manusia tidak menjanjikan apa-apa,melainkan kekecewaan, kesakitan, hidup yang tidak pernah aman...alhamdulillah, saya sudah berubah...saya berusaha untuk melupakan kekecewaan itu,mendekatkan diri pada KEKASIH yang sering saya lupa....ini lah hikmahnya..kekadang saya teringat juga pada si dia..bagi saya dia adalah sesorang yang terbaik saya jumpa. perubahannya banyak menolong saya untuk mencari siapa saya sebenar dan kepda siapa CINTA INI yang perlu saya curahkan...MANUSIA TIDAK BOLEH MENCINTAI SESEORANG SEBELUM MENCINTAI DIRI SENDIRI DAN MANUSIA TIDAK BOLEH MENCINTAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENCINTA YANG ESA..YAKNI ALLAH....SEKIAN, Semoga dosa-dosa kita diampunkan oleh ALLAH dan sentiasa berada dalam keredhaanNya..assalamualaikum...